Thursday, December 15, 2011

Bahagia Di Hati - Bab 1 part 3

                “ Assalamualaikum. Boleh bercakap dengan Cik Raudhah Syaziyy ?” Tanya satu suara apabila aku mengangkat ganggang telefon . Seorang wanita .

                “ Waalaikumsalam . Ya , saya Raudhah . Siapa di sana ?” Balasku agak formal .

                “ Kami dari syarikat HI Holdings . Kami dengan sukacitanya ingin memberitahu bahawa Cik Raudhah diberi kepercayaan untuk menjadi setiausaha pengarah urusan HI Holdings . Tahniah ! Cik boleh mula bekerja mulai Isnin depan,” jelas wanita itu .

Erk ? Aku lulus temuduga hari tu ke ? OMG ! Opss .. Silap. Alhamdulillah .

                “ Err , terima kasih,” Hanya itu yang mampu aku cakap . Alamak ! Lidah kelu pula.

                “ Sama-sama,” Balas wanita itu . Klik .


Betul ke aku dapat ni ? Wah .. Hebat jugak aku ni kan? Sekali interview je dah boleh dapat kerja . Pantas aku berlari ke tingkat atas .

                “ Mama ! Akak ! Yuhuuuu ! I got a good news !”  Pintu bilik mama dan kakak aku ketuk berulang kali .

 Kakak keluar dari bilik dengan muka sembab . Alamak ! Kakak tidur ke ? Tapi dah tengah hari . Anak dara apa bangun bila matahari dah terpacak atas kepala? Serentak itu mama juga keluar dari bilik .

                “ Apa ni Sya ? Orang nak tidur la . Kacau betul . Baru mimpi ada prince charming datang meminang Akak naik kuda,” Marah Akak .

                “Kuda? Berangan lebih jelah akak ni. Dah tengah hari dah cik kak, memang patut kena kacau pun” Balasku agak sinis.

                “ Kenapa ni sayang ? “ Tanya mama pula. Tidak menghiraukan apa yang kakak dan aku gaduhkan.

                “ Ehem,ehem . Okay , tarik nafas. Hahhhh .. lepaskan.. fuhhhh …. Ibu yang tercinta ,Puan Maisarah dan akak yang tersayang , Cik Roshadah Sufiyna , I got a good news,” Tersengih-sengih aku di hadapan mereka .

                “ APA ??! “ Jerkah Akak .

                “ OMAKK AIHH ,” Aduh , melatah lagi. Aku kena buang habit ni cepat-cepat. Nasib baik depan mama and kakak je. Kalau depan bakal suami , boleh jatuh wang hantaran aku. Hehe.  Akak ni pun satu , suka jerkah-jerkah orang. Cuba cool macam mama. Sabar je tunggu puteri dia ni bercakap .

                “ Saya , Raudhah Syaziyy ingin mengatakan bahawa saya lulus temuduga untuk menjadi setiausaha pengarah urusan HI Cooperation dan boleh mula melapor diri Isnin depan ! “ Aku membuat posisi jaga sedia di hadapan mereka . Macam nak berkawat pulak .

Mama mula tersenyum dan terus memelukku erat .

“Alhamdulillah. Tahniah sayang. Mama bangga dengan anak mama ni, “ Mama melahirkan rasa bangga dengan puteri bongsunya ini.

“Thank you mama , “ Balasku gembira.

Akak pula masih terpacak depan aku dan mama. Aik ? Tak nak congrats adik tercomel dia ni ke?

                “ Akak, tak nak congrats Sya ke ? “ Tanyaku agak terkilan . Macam tak suka aje aku dapat kerja ni . Muka pun tak ada reaction.

Mama terus menyampuk. “ Mama turun dulu , mama masakkan kek caramel untuk sayang ya ?”

                “Ok mama, “ Sempat aku menghadiahkan kucupan di pipi mama sebelum mama berlalu.

Kemudian , aku mengalihkan pandanganku ke Akak . Mukanya agak suram . Kenapa agaknya ya ?

                “ Akak , akak ok ke ? Sya ada buat salah dengan akak ke?” Tanyaku agak risau . Yelah , mana tau aku ada tersilap cakap ke . Atau mungkin kakak marah sebab aku kacau dia tidur tadi kot .

Akak tersenyum hambar. “ Tak adalah. I’m happy for you, “ Kakak terus memelukku .

                “ You’re hiding something from me , don’t you?” Tanyaku .

                “ You always be the apple of mama’s eyes. Dulu masa first time akak dapat kerja, tak ada pun mama peluk akak and buatkan favourite food akak,” Suara akak sayu kedengaran. Air mata pun dah bertakung. Aduhh , part pujuk-pujuk ni , aku lemah sikit. Tak reti aku nak guna ayat jiwang-jiwang ni.

                “ Alah akak , kita sama je kat mata mama,” Pujukku.

Muka akak masih sedih. Alamak ! Tak jalan ke?

“Ehem,ehem. Sayang ,janganlah sedih. Tengok tu, muka elok-elok cantik bak bulan , dah tak lawa dah,” Aku mula menggaraukan suaraku seperti lelaki. Macam nak pujuk kekasih lagaknya.

                “ Ish , tak nak I muka macam bulan. Berlubang-lubang. Tak cantiklah!” Protes akak dengan suara manja. Wah , akak layan juga gila-gila aku ni.

                “Oh sayang.. I tidak sengaja. I ingat bulan itu cantik namun I lupa cantik lagi Lisa Surihani. Ops! Bukan . Cantik lagi kekasih I yang satu ini,” Haha , nak tergelak aku dengan dialog aku sendiri.

                " Huh? Apa? You ada skandal ngan Lisa Surihani! Baik you cakap siapa Lisa Surihani tu !" balas akak.

                “Ayang. Lisa Surihani tu bukan sesiapa .Skandal lama I. Tapi tu dulu. Sekarang I dah ada ayang. Relaks la. Minumlah secawan kopi, pasti nak lagi.” Aduh , tak tahan nak gelak ni. Tahan tahan.

Aku sambung lagi. “Tak apalah kalau macam itu. Ayang dah tak sayang I. I cari yang lain lah. Kan lelaki boleh kawin empat,” Sikit lagi gelak dah keluar. Aku lihat akak pun dah tersenyum-senyum. Tak tahan nak gelak juga kot macam aku.

                “ Alaa you. Janganlah…. Ayang gurau jelah….” Jawab akak.

Sesaat kemudian , aku dan akak ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia. Tak semenggah betul. Haha . Selamat persoalan apple,apple tu dah dilupakan akak.

Sunday, November 13, 2011

Bahagia Di Hati - Bab 1 part 2

Bab 1 part 2

Sampai sahaja di rumah , aku terus mencari mama . Pelik ! Dari luar aku bagi salam , tapi tak ada siapa menyahut salamku . Pelik ! Mana perginya penghuni-penghuni rumah ni ? Janji nak tunggu aku . Ni , tak ada siapa pun kat rumah .

                “ Gahh ! “ Tiba-tiba ada suara yang menyergah aku dari belakang .

                “ Opocot nenekku sayang ! “ Alamak ! Terserlah sisi burukku . Apabila aku berpaling , aku melihat kakakku yang buat muka innocentnya dan kemudian , tanpa menunggu sesaat pun , dia ketawa terbahak-bahak .

Aduh ! Non-stop pulak kakak aku ni ketawa . Nak kena telefon rumah sakit mental kat Tanjung Rambutan ke ? Tapi , sekarang ni makin ramai orang sakit mental . Kalau semua orang sakit mental check in  kat situ , mana muat ? Jadi macam duduk dalam tin sardin pula nanti kakak aku nanti . Haha .

                “ Woi ! Berangan je eh ! “ Tiba-tiba kakak menyergahku lagi .

                “ Astaghfirullahalazim akak ! Akak kena sampuk ke ? Nak Sya panggilkan Mak Bidan ? “ Memang parah kakakku ini . Kena book jugak tempat kat Tanjung Rambutan gamaknya .

                “ Eh budak ni . Ada nak panggil Mak Bidan ? Tak ada standard la Sya oii ,” balas kakakku dengan nada riak .

                “ Mengada-ngada pulak mak nenek ni . Baik Sya panggil Mak Bidan. Dari panggil doktor kat Tanjung Rambutan . Kan kan kan ? “ balasku menyidir .

                “ Kenapa bising-bising ni ? Mama nak solat Zohor pun tak tenanglah , “ Tiba-tiba satu suara kendengaran dari tingkat atas dan menghentikan perbalahan kami .

                “ Sorry ma ! “ Jawab kami serentak .

                “ Sya la ni ! Tak pasal-pasal mama marah kita dah , “ Marah kakak padaku .

                “ Eh , siapa yang sergah orang and ketawa terbahak-bahak macam pontianak tercekik tadi ? Akak kan ? “ Balasku kegeraman .

                “ Dah-dah . Jom borak kat dapur . Boleh minum-minum . Macam mana interview tadi ? Everything’s fine ? Dapat tak job tu ? Kalau dapat baguslah ! Boleh akak ajar apa yang patut sebelum akak pergi , “ Tanya kakak sambil kami bergerak kearah dapur .

                “ Hah ! Bercakap tentang interview tadi , ada seorang lelaki perasan cool jadi salah seorang panel . Mata dia kan kak , ya Allah ! Punyalah kuyu sampai Sya syak , dia tak mandi pagi ni tau . Muka boleh tahan handsome tapi ‘kerek’ plus emo sikit . Nama sedap dah . Tapi ada ke patut dia kata nama Sya pelik ? “ balasku panjang lebar .

                “ Wait ! Mata kuyu ? Handsome ? ‘ Kerek ‘ ? Emo ? Macam Akak kenal je . Nama dia Harith Iskandar ? “ Tanya kakak .

                “ Entah ? Tapi Sya perasan nama kat tag dia Harith . Tak taulah pulak nama belakang dia Iskandar ke , Zulkarnain ke , Alexander ke apa . “ Balasku malas . Lagipun  , mamat tu dah sakitkan hati aku . Buat apa aku ambil kisah ?

                “ Ish budak ni . Itu bekas bos akak lah . Dialah yang tengah mencari setiausaha baru menggantikan kakak . Untunglah kalau Sya jadi setiausaha dia . Dia baik tau ! ”  Kata kakak dengan penuh bersemangat .

                “ Erk ! Baik ? Encik Emo tu Akak kata baik ? Pleaselah Akak , “ Kataku meluat .

                “ Amboi amboi amboi . Rancaknya anak dara berdua ni berborak . Sampai tak perasan mama masuk dapur . Cerita apa ni ? “ Tanya mama penuh minat .

                “ Pasal interview tadi mama . Eh ! Dah pukul berapa ni ? “ tanyaku kelam kabut .

                “ Dah pukul 3.00 petang sayang . Kenapa ? “ balas mama .

                “ Ya Rabbi ! Sya belum solat Zohor lagi mama . Nak tau new story ke , hot story ke , cold story ke , tanya Akak . Sya dah lambat dah ni , “ selesai saja berkata-kata , aku terus meluru keluar dari dapur dan berlari ke tingkat atas .

Wednesday, November 9, 2011

Bahagia Di Hati - Bab 1 part 1

Bab 1               


                “ Raudhah Syaziyy binti Abdul Absyar . Ni nama awak? “ Tanya salah seorang panel yang menemuduga aku untuk menjadi setiausaha di syarikat ini .


                “ Ya saya . “ Tahulah nama aku pelik . Dah sah-sah tertulis nama aku yang comel kat situ . Tak boleh baca ke cik abang oii ?


                “ Maaf , jarang saya jumpa orang nama pelik macam awak . Keturunan Arab? “ Tanya dia lagi . Sempat aku kerling tag nama yang dipakai cik abang tu . ‘Harith’ . Hmm , common sangat nama dia ni . Nama orang putih . Patutlah pelik bila dengar nama aku.


                “ Datuk saya orang Arab . Nenek saya orang Melayu . Jadi saya ni , kira mix la , “ Balasku sambil tersengih .


                “ Bangga sangat ke jadi mix sampai tersengih-sengih macam kerang busuk ni ? ” Berkerut-kerut muka cik abang seorang ni . Aku dikata macam kerang busuk ? Aku wangi ok . Mandi 3 kali sehari . Pakai sabun Dove lagi . Dia tu , entah mandi entah tidak pagi ni . Sepet semacam je mata dia aku tengok . Lagi satu , teringin sangat nak jadi tua ke cik abang ? Dingin semacam .


                “ Saya berbangga dengan susur galur saya yang berbilang bangsa encik . Bukan sebab saya mix, “ balasku seperti memerli.


                “ Hmm ,” Kematian kata-kata agaknya cik abang ni . Eh , sekejap ! Dari tadi aku panggil dia cik abang . Sejak bila aku ada abang ? Kalau aku ada abang pun , tak ingin aku dapat abang perangai macam dia ni .


Kemudian , panel-panel yang lain mula menyoalku dan aku menjawab soalan-soalan mereka dengan nada yang yakin . Alhamdulillah , temuduga aku berjalan dengan lancar sekali. Encik Harith yang emo ( tak nak panggil cik abang lagi dah ) tu tak bercakap langsung . Pandang aku dengan tajam sekali . Oh no ! He got such a quiet eyes . Boleh tergoda kalau aku balas pandangan dia lama-lama . Haha . Pleaselah


                “ Baiklah Cik Raudhah ,sekiranya didapati Cik berkelayakan , pihak kami akan menghubungi Cik,“ Kata salah seorang panel  didepanku .


                “ Baik, “ Balasku sambil tersenyum dan terus keluar dari bilik temuduga . Tak pandang langsung Encik Emo tu . Tak berani dan menyampah  ( sikit .. Hehe )


Bahagia Di Hati - Prolog

               Cintaku pada 29 September 2006 kembali jua padaku. Dia bakal menjadi suamiku. Tapi, masih adakah bahagia di hati? Cuma Tuhan sahaja yang ada jawapannya.
           

    “  Sya , dah siap ke? ” soal mama di muka pintu .


Apabila melihat aku masih memakai T-shirt dan jeans , mama mengucap panjang .

                “ Sya , kenapa tak pakai baju pengantin lagi ni ? Akad nikah lagi 1 jam sayang . Kak Ogy nak andam lagi dah ambil masa . Cuba cakap dengan mama , kenapa buat macam ni last minute ? Sayang dah kenal hati budi bakal suami sayang tu , apa yang tak kena lagi ni ? "  Nah . Begitu panjang mama bercakap .


                “ Sya takut mama . Sya takut Sya buat pilihan yang tak tepat . Sya takut hal arwah diungkit lagi . Sya tak nak mama, “ Aku meluahkan apa yang terbuku di hatiku . Begitu banyak ketakutan dalam diriku saat ini .

                “ Awak ni siapa? “ Tanya mama .

                “ Hah ? ” Mama kena amnesia ke? “ Ni kan Sya, mama . Mama dah tak ingat anak mama ke? "

                “ Anak mama seorang yang kuat . Kalau Sya takut , Sya bukan anak mama . Kalau dulu Sya boleh bertahan , kenapa tak sekarang ? Kalau nak di bandingkan dengan dulu , sekarang ni tak patut jadi masalah besar untuk Sya kan ? “ Begitu banyak ‘kalau’ dalam ayat mama .


Ya ! Dulu dugaan yang aku terima lagi hebat dari ini . Kenapa hal ini aku perlu perbesarkan? InsyaAllah dengan izinNya , aku mampu hidup bahagia .

--------------------------------------------------------------------------------------

                “ Aku terima nikahnya ………………..” Aku tidak mendengar apa yang dilafazkan oleh bakal suamiku . Aku takut kalau dia berdendam denganku . Aku takut dia akan mengabaikanku . Ahh .. terlalu banyak takut dalam diri ini .

                “ Sah !”

Perkataan itu menyedarkan aku dari khayalanku . Kemudian , dia datang di hadapanku dan bersedia untuk menyarungkan cincin . Setelah cincin disarung , aku mencium tangannya  dan kemudian dia mencium dahiku . Mungkin inilah kebesaran Allah . Sekelip mata , ketakutan dalam diriku hilang apabila dahiku dicium . Ya , dialah suamiku . . Suami yang akan menjagaku dan sehidup semati denganku .


               “ Sayang ? Abang berjanji abang akan membahagiakan sayang dan tak akan membenarkan air mata sayang mengalir walaupun setitik . Itu janji yang akan abang pegang selagi hayat abang dikandung badan , "  Bisik suamiku di tengah-tengah kesibukan jurugambar merakam saat-saat indah kami .