Sunday, November 13, 2011

Bahagia Di Hati - Bab 1 part 2

Bab 1 part 2

Sampai sahaja di rumah , aku terus mencari mama . Pelik ! Dari luar aku bagi salam , tapi tak ada siapa menyahut salamku . Pelik ! Mana perginya penghuni-penghuni rumah ni ? Janji nak tunggu aku . Ni , tak ada siapa pun kat rumah .

                “ Gahh ! “ Tiba-tiba ada suara yang menyergah aku dari belakang .

                “ Opocot nenekku sayang ! “ Alamak ! Terserlah sisi burukku . Apabila aku berpaling , aku melihat kakakku yang buat muka innocentnya dan kemudian , tanpa menunggu sesaat pun , dia ketawa terbahak-bahak .

Aduh ! Non-stop pulak kakak aku ni ketawa . Nak kena telefon rumah sakit mental kat Tanjung Rambutan ke ? Tapi , sekarang ni makin ramai orang sakit mental . Kalau semua orang sakit mental check in  kat situ , mana muat ? Jadi macam duduk dalam tin sardin pula nanti kakak aku nanti . Haha .

                “ Woi ! Berangan je eh ! “ Tiba-tiba kakak menyergahku lagi .

                “ Astaghfirullahalazim akak ! Akak kena sampuk ke ? Nak Sya panggilkan Mak Bidan ? “ Memang parah kakakku ini . Kena book jugak tempat kat Tanjung Rambutan gamaknya .

                “ Eh budak ni . Ada nak panggil Mak Bidan ? Tak ada standard la Sya oii ,” balas kakakku dengan nada riak .

                “ Mengada-ngada pulak mak nenek ni . Baik Sya panggil Mak Bidan. Dari panggil doktor kat Tanjung Rambutan . Kan kan kan ? “ balasku menyidir .

                “ Kenapa bising-bising ni ? Mama nak solat Zohor pun tak tenanglah , “ Tiba-tiba satu suara kendengaran dari tingkat atas dan menghentikan perbalahan kami .

                “ Sorry ma ! “ Jawab kami serentak .

                “ Sya la ni ! Tak pasal-pasal mama marah kita dah , “ Marah kakak padaku .

                “ Eh , siapa yang sergah orang and ketawa terbahak-bahak macam pontianak tercekik tadi ? Akak kan ? “ Balasku kegeraman .

                “ Dah-dah . Jom borak kat dapur . Boleh minum-minum . Macam mana interview tadi ? Everything’s fine ? Dapat tak job tu ? Kalau dapat baguslah ! Boleh akak ajar apa yang patut sebelum akak pergi , “ Tanya kakak sambil kami bergerak kearah dapur .

                “ Hah ! Bercakap tentang interview tadi , ada seorang lelaki perasan cool jadi salah seorang panel . Mata dia kan kak , ya Allah ! Punyalah kuyu sampai Sya syak , dia tak mandi pagi ni tau . Muka boleh tahan handsome tapi ‘kerek’ plus emo sikit . Nama sedap dah . Tapi ada ke patut dia kata nama Sya pelik ? “ balasku panjang lebar .

                “ Wait ! Mata kuyu ? Handsome ? ‘ Kerek ‘ ? Emo ? Macam Akak kenal je . Nama dia Harith Iskandar ? “ Tanya kakak .

                “ Entah ? Tapi Sya perasan nama kat tag dia Harith . Tak taulah pulak nama belakang dia Iskandar ke , Zulkarnain ke , Alexander ke apa . “ Balasku malas . Lagipun  , mamat tu dah sakitkan hati aku . Buat apa aku ambil kisah ?

                “ Ish budak ni . Itu bekas bos akak lah . Dialah yang tengah mencari setiausaha baru menggantikan kakak . Untunglah kalau Sya jadi setiausaha dia . Dia baik tau ! ”  Kata kakak dengan penuh bersemangat .

                “ Erk ! Baik ? Encik Emo tu Akak kata baik ? Pleaselah Akak , “ Kataku meluat .

                “ Amboi amboi amboi . Rancaknya anak dara berdua ni berborak . Sampai tak perasan mama masuk dapur . Cerita apa ni ? “ Tanya mama penuh minat .

                “ Pasal interview tadi mama . Eh ! Dah pukul berapa ni ? “ tanyaku kelam kabut .

                “ Dah pukul 3.00 petang sayang . Kenapa ? “ balas mama .

                “ Ya Rabbi ! Sya belum solat Zohor lagi mama . Nak tau new story ke , hot story ke , cold story ke , tanya Akak . Sya dah lambat dah ni , “ selesai saja berkata-kata , aku terus meluru keluar dari dapur dan berlari ke tingkat atas .

Wednesday, November 9, 2011

Bahagia Di Hati - Bab 1 part 1

Bab 1               


                “ Raudhah Syaziyy binti Abdul Absyar . Ni nama awak? “ Tanya salah seorang panel yang menemuduga aku untuk menjadi setiausaha di syarikat ini .


                “ Ya saya . “ Tahulah nama aku pelik . Dah sah-sah tertulis nama aku yang comel kat situ . Tak boleh baca ke cik abang oii ?


                “ Maaf , jarang saya jumpa orang nama pelik macam awak . Keturunan Arab? “ Tanya dia lagi . Sempat aku kerling tag nama yang dipakai cik abang tu . ‘Harith’ . Hmm , common sangat nama dia ni . Nama orang putih . Patutlah pelik bila dengar nama aku.


                “ Datuk saya orang Arab . Nenek saya orang Melayu . Jadi saya ni , kira mix la , “ Balasku sambil tersengih .


                “ Bangga sangat ke jadi mix sampai tersengih-sengih macam kerang busuk ni ? ” Berkerut-kerut muka cik abang seorang ni . Aku dikata macam kerang busuk ? Aku wangi ok . Mandi 3 kali sehari . Pakai sabun Dove lagi . Dia tu , entah mandi entah tidak pagi ni . Sepet semacam je mata dia aku tengok . Lagi satu , teringin sangat nak jadi tua ke cik abang ? Dingin semacam .


                “ Saya berbangga dengan susur galur saya yang berbilang bangsa encik . Bukan sebab saya mix, “ balasku seperti memerli.


                “ Hmm ,” Kematian kata-kata agaknya cik abang ni . Eh , sekejap ! Dari tadi aku panggil dia cik abang . Sejak bila aku ada abang ? Kalau aku ada abang pun , tak ingin aku dapat abang perangai macam dia ni .


Kemudian , panel-panel yang lain mula menyoalku dan aku menjawab soalan-soalan mereka dengan nada yang yakin . Alhamdulillah , temuduga aku berjalan dengan lancar sekali. Encik Harith yang emo ( tak nak panggil cik abang lagi dah ) tu tak bercakap langsung . Pandang aku dengan tajam sekali . Oh no ! He got such a quiet eyes . Boleh tergoda kalau aku balas pandangan dia lama-lama . Haha . Pleaselah


                “ Baiklah Cik Raudhah ,sekiranya didapati Cik berkelayakan , pihak kami akan menghubungi Cik,“ Kata salah seorang panel  didepanku .


                “ Baik, “ Balasku sambil tersenyum dan terus keluar dari bilik temuduga . Tak pandang langsung Encik Emo tu . Tak berani dan menyampah  ( sikit .. Hehe )


Bahagia Di Hati - Prolog

               Cintaku pada 29 September 2006 kembali jua padaku. Dia bakal menjadi suamiku. Tapi, masih adakah bahagia di hati? Cuma Tuhan sahaja yang ada jawapannya.
           

    “  Sya , dah siap ke? ” soal mama di muka pintu .


Apabila melihat aku masih memakai T-shirt dan jeans , mama mengucap panjang .

                “ Sya , kenapa tak pakai baju pengantin lagi ni ? Akad nikah lagi 1 jam sayang . Kak Ogy nak andam lagi dah ambil masa . Cuba cakap dengan mama , kenapa buat macam ni last minute ? Sayang dah kenal hati budi bakal suami sayang tu , apa yang tak kena lagi ni ? "  Nah . Begitu panjang mama bercakap .


                “ Sya takut mama . Sya takut Sya buat pilihan yang tak tepat . Sya takut hal arwah diungkit lagi . Sya tak nak mama, “ Aku meluahkan apa yang terbuku di hatiku . Begitu banyak ketakutan dalam diriku saat ini .

                “ Awak ni siapa? “ Tanya mama .

                “ Hah ? ” Mama kena amnesia ke? “ Ni kan Sya, mama . Mama dah tak ingat anak mama ke? "

                “ Anak mama seorang yang kuat . Kalau Sya takut , Sya bukan anak mama . Kalau dulu Sya boleh bertahan , kenapa tak sekarang ? Kalau nak di bandingkan dengan dulu , sekarang ni tak patut jadi masalah besar untuk Sya kan ? “ Begitu banyak ‘kalau’ dalam ayat mama .


Ya ! Dulu dugaan yang aku terima lagi hebat dari ini . Kenapa hal ini aku perlu perbesarkan? InsyaAllah dengan izinNya , aku mampu hidup bahagia .

--------------------------------------------------------------------------------------

                “ Aku terima nikahnya ………………..” Aku tidak mendengar apa yang dilafazkan oleh bakal suamiku . Aku takut kalau dia berdendam denganku . Aku takut dia akan mengabaikanku . Ahh .. terlalu banyak takut dalam diri ini .

                “ Sah !”

Perkataan itu menyedarkan aku dari khayalanku . Kemudian , dia datang di hadapanku dan bersedia untuk menyarungkan cincin . Setelah cincin disarung , aku mencium tangannya  dan kemudian dia mencium dahiku . Mungkin inilah kebesaran Allah . Sekelip mata , ketakutan dalam diriku hilang apabila dahiku dicium . Ya , dialah suamiku . . Suami yang akan menjagaku dan sehidup semati denganku .


               “ Sayang ? Abang berjanji abang akan membahagiakan sayang dan tak akan membenarkan air mata sayang mengalir walaupun setitik . Itu janji yang akan abang pegang selagi hayat abang dikandung badan , "  Bisik suamiku di tengah-tengah kesibukan jurugambar merakam saat-saat indah kami .